My Add

Tuesday 6 August 2013

ETCM menang anugerah kesedaran keselamatan untuk wanita

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 O: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), cabang jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia, baru-baru ini menerima penghargaan dalam bentuk sijil penghargaan daripada Kelab Marsyal Keselamatan Jalan Raya.

Anugerah itu memperakui sokongan padu syarikat atas kesedaran keselamatan yang diwujudkan untuk wanita menerusi siri Bengkel Ikhtiar Hidup Nissan City di rantau ini, kata ETCM milik Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH).

"Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk melengkapkan pelanggan kami dengan pengetahuan dan tip untuk melindungi diri mereka daripada keadaan bahaya.

"Kami akan terus membantu mewujudkan persekitaran sosial yang selamat menerusi lebih banyak bengkel pada masa depan," kata Pengarah Eksekutifnya, Datuk David Chen menerusi satu kenyataan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment