My Add

Friday 9 August 2013

EXCO nafi stesen minyak ditutup kerana kehabisan bekalan

RAUB, JUMAAT, 09 Ogos, 2013: Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Pahang, Datuk Shahiruddin Ab Moin menafikan dakwaan bahawa penutupan beberapa stesen minyak di beberapa daerah di negeri itu semalam disebabkan kehabisan bekalan.

Sebaliknya kata beliau, penutupan itu bersifat sementara kerana pemilik memberi kebenaran kepada pekerja yang rata-rata beragama Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri.

"Penutupan selama dua jam itu bukan bererti kehabisan minyak, malah bekalan
minyak petrol dan diesel bagi pengusaha stesen minyak di negeri ini mencukupi,"
katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 229 stesen minyak di Pahang mendapat bekalan
lebih daripada mencukupi membabitkan agihan lebih 1.8 juta liter petrol dan
diesel sejak seminggu lalu.

"Pembekal turut membekalkan minyak setiap hari kepada pengusaha terbabit
termasuk pada hari minggu dan hari cuti bagi mengelakkan bekalan minyak
terputus, oleh itu tidak ada sebab bekalan minyak kehabisan," katanya.

Shahiruddin juga menganggap dakwaan stesen minyak ditutup kerana kehabisan
bekalan dilakukan pihak tertentu yang mahu memburuk-burukkan kerajaan atau mahu
mencetuskan pembelian panik.

Sementara itu katanya, berdasarkan pemantauan pegawai penguat kuasa Pejabat
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, bekalan barangan keperluan
di Pahang adalah mencukupi setakat ini.

Pemantauan juga mendapati tiada lapoar terus menjalankan pemantauan pada
sepanjang musim perayaan ini bagi mempastikan bekalan barangan keperluan harian mencukupi dan tiada peniaga menaikkan harga barang.

Menurutnya, setakat ini juga tiada laporan mengenai kenaikan harga barang
keperluan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment