My Add

Monday 5 August 2013

Fama sasar pasar tani kutip RM1 bilion

 KUANTAN, AHAD, 04 Ogos, 2013: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menyasarkan pasar taninya di seluruh negara akan mengutip hasil jualan keseluruhan RM1 bilion menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Fama Datuk Ahmad Ishak berkata mereka yakin sasaran itu dapatdicapai kerana bilangan usahawan pasar tani semakin bertambah selain peningkatanpengguna yang membeli barangan harian di pasar tani di seluruh negara.

"Sehingga Jun tahun ini, pendapatan yang dapat dikutip daripada 511 buah pasar tani adalah RM700 juta, iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding tahun lepas dan kita yakin pendapatan itu akan meningkat sehingga RM1 bilion pada hujung tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Pasar Tani Khas Pra-Syawal dan Program Jimat Belanja Dapur di Pusat Transformasi Bandar Kuantan, di sini hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang Datuk Shafik Fauzan Sharif yang mewakili Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu Ahmad berkata Fama akan membuka Pasar Komuniti dan Karavan(Pakar) ketiga di Pahang iaitu di Pekan pada September depan.

"Pembukaan Pakar ini adalah selaras dengan matlamat kita untuk menyediakan lebih banyak lokasi selesa kepada peniaga kecil khususnya usahawan pasar tani di seluruh negara," katanya.

Sementara itu, Shafik Fauzan berkata Pakar bukan saja berjaya menjenamakansemula pasar tani, tetapi juga menarik perhatian negara luar yang mula mengaplikasi konsep pasar sehari itu di negara mereka.

"Sebagai contoh, Indonesia... di Jakarta itu sendiri, mereka sudah mulamemperkenalkan konsep hampir sama dengan pasar tani yang kita laksanakan dinegara kita.

"Mereka akan memperluaskan ke seluruh negara itu dan saya percaya Indonesia akan cuba lakukan lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang," katanya yang berharap Fama akan menampilkan idea untuk menambah baik konsep sedia ada. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment