My Add

Monday 5 August 2013

Franklin cipta sejarah renang dunia

BARCELONA, Catalonia, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Perenang muda berusia 18 tahun, Missy Franklin menjadi wanita pertama meraih enam pingat emas dalam satu Kejohanan Renang Dunia selepas membantu kuartet Amerika Syarikat menang emas dalam acara akhir 4x100m rampaian.

``Saya tidak sangka berjaya melakukan sehingga ke tahap ini. Ini satu penghormatan menjadi wanita pertama sampai ke tahap ini,'' kata Franklin yang turut meraih emas dalam acara 100 dan 200 meter kuak lentang.

Dia turut menang dalam 200m gaya bebas, 4x100m dan 4x200m berganti-ganti gaya bebas. - Agensi/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment