My Add

Wednesday 7 August 2013

Gempa berukuran 5.0 pada skala Ritcher gegar Acheh

JAKARTA, RABU, 07 Ogos, 2013: Gempa dengan kekuatan 5.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Aceh dan sekitarnya pada jam 12.15 tengah hari tadi (Rabu), namun disahkan tiada kemungkinan berlaku tsunami.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), pusat gempa berada di 47 kilometer ke Barat Daya daerah Aceh Singkil, dan 77 kilometer ke Barat Laut Tapanuli Tengah, Sumatera Utara.

"Pusat gempa berada di laut (dekat pantai), dengan kedalaman 12 kilometer. Gempa dirasakan cukup kuat selama dua saat," kata Ketua Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan, di sini.

Kejadian gempa itu, katanya, menyebabkan penduduk kawasan terbabit bertempiaran keluar rumah untuk menyelamatkan diri namun kembali semula tidak lama selepas itu.

Belum ada laporan mengenai kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa dalam kejadian itu dan Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Aceh Singkil masih melakukan pemantauan di tempat kejadian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment