My Add

Monday 5 August 2013

Gempa sekuat 6.0 pada skala Richter gegar Jepun

 * PEGAWAI Agensi Meteorologikal Jepun, Yohei Hsegawa memberi taklimat mengenai gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter yang menggegarkan wilayah utara Jepun semalam.
TOKYO, AHAD, O4 Ogos, 2013: Gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah utara Jepun semalam, namun ia tidak meyebabkan risiko tsunami.

Agensi Meteorologikal Jepun memberitahu, gempa pada pukul 12.29 tengah hari waktu tempatan itu berlaku di wilayah Miyagi, lokasi yang musnah teruk akibat gempa bumi pada Mac 2011. Gegaran turut dirasai di wilayah Fukushima dan Iwate.

Tiada kecederaan dilaporkan. Agensi berita NHK melaporkan, tiada masalah berlaku di mana-mana kilang nuklear di kawasan terbabit, termasuk kilang nuklear Fukushima Dai-ichi yang rosak teruk akibat tsunami sebelum ini.

Pengendali kilang nuklear Fukushima Dai-ichi, Tokyo Electric Power Co. mengesahkan yang pihaknya tidak menerima sebarang laporan kerosakan.

Beberapa batang jalan ditutup dan sejumlah kereta api menjalani pemeriksaan keselamatan. - AGENSI/KOSMO!

No comments:

Post a Comment