My Add

Wednesday, 21 August 2013

Gores menang: PPDNKK tingkat kerjasama dengan polis

KUANTAN, RABU, 21 Ogos, 2013: Gandingan kerjasama antara Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang dengan polis dan imigresen akan diperhebat bagi mengambil tindakan terhadap penganjur kegiatan gores dan menang.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, langkah itu diambil berikutan terdapat petugas penganjur berkenaan dilihat semakin berani memeras ugut masyarakat bagi mengaut keuntungan, sedangkan tiada tawaran lumayan seperti yang dijanjikan.

"Berdasarkan aduan, terdapat mangsa yang diperangkap, diugut dan dikurung untuk menjelaskan bayaran tertentu sebelum mereka dibebaskan.

"Terdapat mangsa yang sanggup membayar antara RM3,000 hingga RM20,000 apabila mereka dijanjikan hadiah lumayan, termasuk pakej percutian ke London dan sebuah kereta mewah," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment