My Add

Sunday 11 August 2013

Guan Eng tidak perlu berdolak-dalik

 Tan Tuan Tat 
KUALA LUMPUR, SABTU, 10 Ogos, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu berdolak-dalik untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti seperti yang diminta oleh ahli akar umbi.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, pemilihan semula tersebut penting bagi memenuhi hasrat dalam memastikan kepimpinan parti terdiri daripada mereka yang layak dan berwibawa.

Katanya, Guan Eng hendaklah sedar bahawa tanpa sokongan ahli-ahli akar umbi, sesebuah parti tidak akan mampu berfungsi dan bergerak.

"Beliau perlu menjadi seorang anak jantan, bukannya cuba menyalahkan pihak lain dalam soal CEC ini.

"Mengapa beliau begitu risau, jika semua orang Cina dalam parti menyokongnya. Adakah beliau takut jawatan Setiausaha Agung DAP tidak dapat dipertahankan ekoran rasa tidak puas hati ahli termasuk ahli senior DAP terhadap sikap sombongnya," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap dolak-dalik Guan Eng yang seperti tidak mahu melakukan pemilihan semula CEC parti walaupun telah diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sebelum ini, Guan Eng cuba mencabar ROS mengadakan pertemuan bersyarat sekiranya mahu parti itu mengadakan pemilihan semula.

Guan Eng dalam satu kenyataan kelmarin turut mengugut untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times berikutan berita-berita dakwaan penyelewengan dalam pemilihan parti itu Disember lalu.

Menurut Tuan Tat, pemilihan semula itu merupakan peluang Guan Eng membuktikan beliau mendapat sokongan ahli-ahli.

"ROS juga tidak perlu berjumpa dengan Guan Eng. Siapa beliau untuk menetapkan syarat bagi mengadakan perjumpaan dengan agensi ini yang menjaga semua pertubuhan di Malaysia.

"Jangan bersikap biadab dan kebudak-budakan, ahli sudah sedar dengan permainan Guan Eng," jelasnya  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment