My Add

Friday 9 August 2013

Guru Besar harus mohon maaf kepada pelajar dan keluarga terbabit isu kantin  

SHAH ALAM, KHAMIS, 08 Ogos, 2013: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, Mohamad Nasir Mohd Nor, seharusnya meminta maaf kepada pelajar dan keluarga yang terbabit dalam isu kantin di sekolah itu.

Pada masa sama, ibu kepada pelajar terbabit perlu membetulkan keadaan dan tidak mengasingkan anaknya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau berharap semua pihak melihat semangat menghormati antara satu sama lain perlu diterjemahkan dengan perbuatan.

Katanya, beliau percaya tindakan seorang pengetua wanita yang meminta maaf kepada semua pelajarnya selepas mengeluarkan kenyataan berbentuk rasis dan menyedari tindakan itu menentukan sensitiviti kaum, perlu dicontohi.

"Saya rasa kita perlu menuju ke arah itu dan bukan mengasingkan diri daripada isu itu. "Selepas kes di SK Seri Pristana, timbul pula cerita seorang pengetua mengeluarkan kenyataan menyuruh orang Cina balik ke negara China, orang India balik ke India, balik ke Indonesia, kemudian beliau meminta maaf.

"Saya rasa ia adalah cara untuk menyelesaikan perkara ini, dan menerima sensitiviti pelbagai bangsa dan budaya," katanya pada sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar di Dataran Dewan Negeri, di sini, tengah hari tadi.

Abdul Khalid berkata demikian ap abila diminta mengulas mengenai tindakan ibu seorang pelajar yang memindahkan anaknya ke sebuah sekolah lain selepas pelajar itu dikatakan dimaluka dalam perhimpunan serta menjadi mangsa penghinaan berbaur perkauman daripada guru dan rakan sekolah.

Semalam, portal berita Malaysian Insider melaporkan seorang ibu pelajar yang sebelum ini memuat naik gambar kantin sementara dalam bilik persalinan di sekolah itu, di laman sosial Facebook,

Guneswari Kelly berkata, beliau memindahkan anak perempuannya ke sekolah vernakular di Subang selepas anaknya didakwa diaibkan semasa perhimpunan sekolah dan menjadi subjek penghinaan berbaur perkauman berterusan oleh guru dan rakan sekolah.

Abdul Khalid berkata, semua pihak perlu menerima kenyataan, masa yang lama diperlukan untuk mengubah mentaliti sesebuah masyarakat untuk mampu menghormati masyarakat atau bangsa lain, seperti apa yang berlaku di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, katanya, usaha perlu dilakukan secara berterusan kerana ia adalah sebahagian daripada pembinaan sesebuah negara. - BH

No comments:

Post a Comment