My Add

Tuesday 6 August 2013

Hanya 2,000 pelajar Malaysia masih di Mesir

KOTA KINABALU, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Kira-kira 2,000 pelajar Malaysia yang masih berada di Mesir pada masa ini berada dalam keadaan selamat dan tidak terlibat dalam siri rusuhan di negara berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kebanyakan pelajar berkenaan tidak dapat pulang kerana menghadapi peperiksaan manakala sebilangan kecil pula enggan pulang kerana merasakan keadaan di kawasan mereka tinggal adalah selamat.

"Bagaimanapun, kita telah menasihatkan mereka supaya tidak keluar ke kawasan-kawasan berlaku demonstrasi dan kita yakin mereka lebih arif mengenai keadaan di sana.

"Malah kedutaan kita juga menghubungi mereka pada setiap masa untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama Menteri Luar dan Ahli Parlimen Kimanis di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Mohd. Arifin Arif dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Mohamad Alamin.

Tambah Anifah, kerajaan sentiasa memantau situasi di Mesir bagi memastikan semua pelajar dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat termasuk sedia menghulurkan bantuan sewajarnya sekiranya keadaan mendesak. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment