My Add

Monday 12 August 2013

Hari Koperasi Negara di Alor Setar

 
KUANTAN, AHAD, 11 Ogos, 2013: Lebih 40,000 koperasi di seluruh negara akan menyertai sambutan Hari Koperasi Negara yang akan diadakan di Dataran Darul Aman, Alor Setar, Kedah selama tiga hari bermula 24 Ogos ini.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nik Ali Mat Yunus (gambar) berkata, sambutan kali ini agak unik kerana pihaknya akan mengadakan serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kebangsaan.

Tambahnya, pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan sambutan itu yang turut disertai pertubuhan koperasi dari luar negara.

"Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka merasmikan sambutan itu pada 24 Ogos ini dan orang ramai dijemput hadir bagi meraikannya," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Nik Ali berkata, setiap koperasi yang menyertai sambutan itu akan mempamerkan produk masing-masing yang merupakan satu peluang kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan.

Katanya, mereka juga boleh berkongsi pandangan dengan koperasi dari luar negara dalam mencari idea terbaik bagi meluaskan pasaran produk ke negara terbabit.

"Inilah peluang yang perlu direbut oleh koperasi tempatan supaya mereka tidak tertumpu dalam negara sahaja," ujarnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment