My Add

Thursday 8 August 2013

Helikopter bawa seorang Menteri Kabinet mendarat cemas akibat masalah teknikal
 
 
* MENTERI Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan (kanan) melakukan tinjauan udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat di Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, hari ini. - Foto Effendy Rashid

TANJUNG MALIM. RABU, 07 Ogos, 2013: Sebuah helikopter yang membawa 23 orang termasuk Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Abdul Rahman Dahlan, mendarat cemas dekat sini tengah hari tadi akibat masalah teknikal.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat mendarat di kawasan lapang dekat Klinik Desa Trolak Pekan apabila menghadapi sedikit masalah di bahagian enjin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim berkata, helikopter itu kembali terbang pulang ke ibu negara selepas masalah itu dapat diatasi kira-kira 30 minit kemudian.

Abdul Rahman berserta pegawainya dan anggota media sebelum itu melakukan tinjauan terhadap Ops Selamat dilakukan bomba khususnya sekitar Lebuh Raya Utara Selatan - BH

No comments:

Post a Comment