My Add

Wednesday 21 August 2013

Hina mahkamah: Kes 25 pihak termasuk V.K Lingam Jumaat ini

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, RABU, 21 Ogos, 2013: Mahkamah Persekutuan menetapkan Jumaat ini keputusan permohonan 25 pihak termasuk peguam Datuk V.K. Lingam untuk mengetepikan kebenaran yang diberikan kepada dua penyelesai (liquidator) bagi memulakan tindakan menghina mahkamah terhadap mereka.

Panel lima hakim diketuai oleh Tan Sri Suriyadi Halim Omar yang bersidang bersama Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha menetapkan demikian selepas mendengar penghujahan semua pihak.

Terdahulu, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, kini merupakan peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Lingam (pemohon) menghujahkan, kebenaran yang diberi oleh Mahkamah Persekutuan terdahulu wajar diketepikan kerana permohonan kedua-dua penyelesai itu banyak kecacatan.

Beliau berhujah, permohonan bagi mendapatkan kebenaran menghina mahkamah itu tidak mematuhi Aturan 52 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 sedangkan hal itu merupakan kewajipan mandatori. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment