My Add

Friday 2 August 2013

Hishammuddin pertahan jawatan Naib Presiden UMNO

PUTRAJAYA, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan kesediaannya untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya dalam pemilihan parti pada hujung tahun ini.

Menteri Pertahanan itu berkata, keputusan tersebut dibuat bagi meneruskan agenda perjuangan parti serta mahu memberikan perkhidmatan terbaik demi kepentingan orang Melayu, agama dan bangsa.

Beliau yang turut memangku jawatan Menteri Pengangkutan berkata, kesediaannya untuk mempertahankan jawatan tersebut mendapat restu ahli-ahli parti di peringkat akar umbi di bahagian Sembrong serta ahli keluarga terdekat. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment