My Add

Saturday 10 August 2013

Idris Jusoh mahu pertahan kerusi MT UMNO, Oktober ini

BESUT, JUMAAT, 09 Ogos, 2013: Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh bersedia mempertahankan jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Bekas Menteri Besar Terengganu dan Ahli Parlimen Besut itu berharap

perwakilan parti akan memberi peluang untuk beliau berkhidmat kepada parti. Pada pemilihan parti 2009, Idris memperoleh 1,275 undi untuk mendudukitempat ke-24 dalam MT.

"Saya sekadar mahu mempertahankan jawatan saya dan akan mendaftar untuk
bertanding bagi 25-jawatan MT tidak lama lagi," katanya kepada pemberita pada
majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh, di sini,
hari ini.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 merupakan pelan luar biasa oleh kerajaan dalam melonjakkan
pendidikan negara ke tahap dunia.

Katanya, pakar yang merancang pelan itu terdiri daripada pelbagai latar
belakang yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu dan telah
membuktikan kejayaan mereka di peringkat dunia.

Menurutnya, antara mereka termasuk Tan Sri Zahir Ismail, Tan Sri Alimuddin
Mohd Dom, Tan Sri Tony Fernandes dan Tan Sri Jeffery Cheah.

"Bagi memantapkan perancangan ini seramai 17,000 pandangan penduduk turut
diambil kira untuk merumus PPPM ini yang mengambil tempoh selama lebih dua
tahun," katanya.

Idris berkata, bagi memantapkan lagi PPPM, ramai pendapat pakar dari dalam
dan luar negara termasuk oleh Bank Dunia dan badan Penarafan Antarabangsa
diguna pakai dalam memastikan pelan pendidikan itu lengkap dan praktikal.

Justeru, beliau hairan masih terdapat pandang-pandang negatif dilontar oleh
pihak tertentu mengenai PPPM.

Katanya, PPPM akan dilancar oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, yang juga Menteri Pendidikan, bulan depan. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment