My Add

Monday 12 August 2013

India lanjut perintah berkurung

 *POLIS India memukul penduduk Hindu yang merusuh selepas berlaku pertempuran antara penduduk Hindu dan Islam di Kishtwar, Jammu, India, kelmarin. - AP
SRINAGAR, AHAD, 11 Ogos, 203: Pihak berkuasa India, hari ini melanjutkan perintah berkurung di sembilan bandar di Kashmir yang dikuasai India ketika berlaku pertempuran berasingan antara penganut Hindu dan Islam masuk hari ketiga dengan angka korban meningkat kepada tiga orang.

Ketua Menteri Kashmir, Omar Abdullah berkata, pihak berkuasa tempatan akan melakukan 'apa sahaja' untuk mengembalikan keamanan di wilayah itu.

''Perintah berkurung telah dilanjutkan bagi membendung pertempuran daripada berterusan.

''Kami menemui mayat ketiga malam tadi di kampung Atoli selepas tercetus pertempuran semalam,'' kata Ketua Pengarah Polis Kashmir, Ashok Prasad.

Dalam pada itu, Pakistan hari ini menuduh tentera India melancarkan serangan ke atas pos pemeriksaan sempadannya di Kashmir dan wilayah Punjab di mana mencetuskan 'kejadian berbalas-balas tembakan' antara kedua-dua pihak.

Pertempuran itu merupakan kejadian terbaharu antara kedua-dua negara yang berjiran itu sejak mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1947.

Ketegangan semakin meningkat di lembah Kashmir, baru-baru ini dengan kedua-dua negara saling menuduh melancarkan serangan merentasi sempadan.

Bagaimanapun dalam kejadian hari ini, pertempuran berlaku di sempadan berdekatan Sialkot, Punjab.

''Pasukan Keselamatan Sempadan India melepaskan tembakan ke arah pos Renjer Pakistan berdekatan Pukhlian, Head Marala di Sialkot.

''Kejadian itu menyebabkan berlakunya berbalas-balas tembakan, namun setakat ini tiada kehilangan nyawa dilaporkan,'' kata seorang pegawai kanan tentera.

Pegawai tentera itu berkata, lepas kejadian berbalas-balas tembakan di Punjab, tentera India kemudian turut melepaskan tembakan di Garisan Kawalan di Kashmir.

''Tentera India dilaporkan melepaskan tembakan di Garisan Kawalan di Nakial berdekatan Kotli,'' katanya.

Menteri Pertahanan India, A. K. Antpny, semalam memberi petunjuk untuk meningkatkan tindakan ketenteraan di Garisan Kawalan selepas Delhi menuduh tentera Pakistan terlibat dalam serangan hendap yang mengakibatkan lima askar India terbunuh pada awal minggu ini. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment