My Add

Monday 12 August 2013

Israel buka bidaan bina 1,000 buah rumah

 *DERETAN penempatan haram Yahudi di Har Gilo, dekat Baitulmuqaddis. Israel semalam mengumumkan bidaan pembinaan sebanyak 1,000 unit rumah biarpun rundingan damai dengan Palestin masih sedang berlangsung.
BAITULMUQADDIS, AHAD, 11 Ogos, 2013: Israel semalam membuka bidaan untuk membina lebih 1,000 buah rumah di Tebing Barat, termasuklah di timur Baitulmuqaddis, tiga hari sebelum rundingan damai pusingan seterusnya dengan Palestin dilangsungkan.

"Tender-tender akan dibuka untuk 793 unit rumah di timur Baitulmuqaddis dan 394 buah di lokasi lain di Tebing Barat," jelas Kementerian Perumahan Israel dalam satu kenyataan.

Menteri Perumahan, Uri Ariel menolak kritikan antarabangsa mengenai pembinaan rumah penduduk Yahudi di atas tanah milik Palestin yang didakwa menjadi penghalang utama kepada perdamaian.

Kementerian tersebut menyatakan plot-plot tanah ditawarkan untuk pembinaan rumah di Har Homa, Har Gilo dan Pisgat Zeev di utara bandar ini.

Plot tanah juga melibatkan kawasan di Ariel, Maaleh Adumim, Efrata dan Beitar Ilit di sekitar Bethlehem.

Perunding Palestin, Mohammed Shtayeh menyatakan tindakan terbaru itu menunjukkan niat sebenar Israel.

"Cukup jelas bahawa kerajaan Israel hanya berminat untuk membina penempatan haram. Sekali gus mensia-siakan usaha Amerika Syarikat dan masyarakat antarabangsa untuk memulakan semula rundingan," katanya.

Anggota kumpulan pemerhati Peace Now, Lior Amihai menyatakan, sekiranya rundingan itu gagal kerana aktiviti pembinaan rumah haram Israel, negara Yahudi tersebut sebenarnya meletakkan dirinya dalam situasi lebih buruk. - AFP/KOSMO! 

No comments:

Post a Comment