My Add

Monday 5 August 2013

Isteri anggota tentera maut, suami parah

BESUT, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Seorang anggota tentera parah manakala isterinya maut dalam kemalangan di Kilometer 113, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Bkit Yong awal hari ini ketika mereka dalam perjalanan pulang beraya di Tanah Merah Kelantan.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, Nurul Huda Shaera Ahmad, 27, meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya, Koperal Mardi Ahmad, 28, dari Kem 18 Melayu Diraja Seberang Takir, Kuala Terengganu dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kereta yang dinaiki pasangan itu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta juga dinaiki satu keluarga tentera yang

dipandu Kapten Shahrul Hesham Md Yasmin, 34, dari Kem 21 Askar Melayu Pengkalan Chepa.

Menurut beliau, Shahrul bersama isteri dan dua anaknya yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu hanya cedera ringan.

Kamaruddin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Mardi hilang kawalan di satu selekoh lalu melanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment