My Add

Wednesday 21 August 2013

Isu wanita terus diperjuang - PM

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Ogos, 2013: Usaha memperjuangkan isu wanita dalam masyarakat dan di tempat kerja adalah sesuatu yang amat penting, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menyatakan perkara itu melalui akaun Twitternya bagi mengulas artikel Bernama bertajuk 'Summit to Focus on Retaining Women in Workforce'.

Para pemimpin korporat wanita di Malaysia berhimpun di sini semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Wanita Ke-11 untuk membincangkan isu berkaitan peranan wanita di tempat kerja dan keperluan mengekalkan kehadiran mereka.

Persidangan itu memberi peluang kepada para pemimpin wanita dan peserta untuk berkongsi pengalaman, menyuarakan kebimbangan berkaitan tempat kerja serta mengemukakan pendapat tentang hak mereka yang termaktub dalam undang-undang serta bagaimana usaha pembaharuan ekonomi dan kebudayaan, boleh ditingkatkan.

Ia juga bertujuan memperkasa kedudukan wanita untuk membolehkan mereka mencapai impian masing-masing, keluarga dan orang yang mereka sayangi. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment