My Add

Saturday 3 August 2013

Jakim disaran bimbing, pulih akhlak Chetz - Jailani

 * CHETZ atau nama sebenarnya, Maznah Mohd. Yusof yang terlibat menerbitkan klip video '1 Hari di Hari Raya' yang menghina Islam, selepas dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Segamat dengan jaminan bon mahkamah semalam. - UTUSAN
HULU TERENGGANU, SABTU, 03 Ogos, 2013: Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil peluang membimbing dan memulihkan akhlak Maznah Mohd Yusof, 38, atau dikenali Chetz yang kini menjadi kritikan ekoran video pemaparan dirinya bersama tiga ekor anjing di YouTube baru-baru ini.

Timbalan Menterinya Datuk Jailani Johari berkata Jakim boleh mengambil peluang sementara proses siasatan sedang berjalan ke atas Chetz yang merupakan bekas pelajar luar negara.

"Mungkin dalam masa terdekat ini, Jakim boleh mencuba satu program bagaimana hendak membimbing dan memulihkan kembali akhlak Chetz.

"Kita tahu antara sekarang hingga satu tempoh walaupun Chetz dilepaskan, beliau mungkin dipanggil pada bila-bila masa untuk siasatan dan sebagainya, tetapi antara proses dilepaskan itu apakah yang boleh Jakim lakukan bagi membentuk balik peribadi dan akhlaknya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program Karisma Ramadan Tadarus al-Quran peringkat Parlimen Hulu Terengganu di sini hari ini.

Semalam, Jakim memutuskan klip video '1 Hari Di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial itu adalah perbuatan menghina Islam dan akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara itu.

Menurut Jailani, Jakim perlu mengadakan program bimbingan terhadap pelajar Malaysia di luar negara agar perkara sedemikian tidak berulang.

Katanya, beliau percaya pihak SKMM dapat menyelesaikan siasatan mengenai perkara itu dan akan mengemukakan kertas siasatan kepada Peguam Negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment