My Add

Wednesday 21 August 2013

Jamaluddin Jarjis belum buat keputusan bertanding

ROMPIN, RABU, 21 Ogos, 2013: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis masih menimbang sama ada akan mempertahankan jawatannya itu pada pemilihan Umno Oktober ini.

Katanya, buat masa ini beliau sedang melihat sokongan di peringkat akar umbi.

Jika ada yang masih mahu saya berada dalam MT saya akan pertahankan jawatan itu, kata Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin pada rumah terbuka Aidilfitri beliau di Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Jamaluddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Rompin memegang jawatan anggota MT sejak 2000.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berangkat ke majlis itu yang dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment