My Add

Thursday 22 August 2013

Jangan lakukan perbuatan malukan parti - Ahmad Maslan 

PONTIAN, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Semua calon yang bertanding pada pemilihan UMNO tidak lama lagi diingatkan supaya menjaga disiplin dan tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan parti.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO perlu menjadi contoh kepada parti komponen dan pembangkang menerusi pemilihan yang dijalankan secara telus dan bersih.

"Ingatlah bahawa rakyat sedang memerhatikan segala pertandingan ini dan kita tidak mahu ada satu persepsi bahawa UMNO ini tidak sudah-sudah dengan masalah seperti politik wang dan sebagainya.

"Jadi, kita sebagai parti tunjang dalam komponen Barisan Nasional (BN) kena tunjuk contoh yang baik kepada 12 lagi komponen BN agar UMNO terus disegani dan dihormati," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata demikian selepas merasmikan secara serentak produk Bank Rakyat iaitu Ar-Rahnu X'Change dan Rakyat Xcess di Benut hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment