My Add

Thursday 8 August 2013

Jangan pentingkan diri ketika memandu

 * HASAN Malek mengagihkan beg berisi bahan-bahan Kempen Keselamatan Jalan Raya kepada seorang pengguna jalan raya di Kuala Pilah, semalam.
KUALA PILAH, RABU, 07 Ogos, 2013: Pengguna jalan raya diminta supaya mengikis sikap tidak sabar dan pentingkan diri ketika memandu pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri kerana sikap itu hanya menyumbang kepada peningkatan kemalangan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek memberitahu, perbuatan itu juga adalah sia-sia apatah lagi yang menjadi mangsa kelak adalah mereka yang tidak berdosa.

"Saya juga melihat ada pemandu yang sengaja memecut sehingga membahayakan keselamatan orang lain. Lebih kecewa lagi apabila ada juga pemandu yang tidak mempedulikan siren pasukan keselamatan yang perlu berada di lokasi kecemasan," katanya selepas menyerahkan 200 bungkus beg kempen keselamatan jalan raya di sini hari ini.

Hasan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah merayu pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang dan jadikan perayaan ini sebagai medan ceria, bukannya tangisan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritendan Azmi Abdul Rahim berkata, Op Selamat yang dilaksanakan adalah untuk mendidik pengguna agar sentiasa memandu dalam keadaan berhemah.

"Kami sedar jumlah kenderaan akan meningkat secara mendadak. Kami melakukan pemantauan tanpa henti dan apa yang diharapkan pengguna sentiasa bersabar ketika memandu dan tidak tergopoh-gapah bila memegang stereng," ujarnya - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment