My Add

Sunday 4 August 2013

Jelas segera elak tohmahan

Oleh ZABRY MOHAMAD

PULAU PINANG, SABTU, 03 Ogos, 2013: Mereka yang dikaitkan dalam surat misteri seperti didedahkan bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail diminta segera tampil memberi penjelasan.

Menurut Mazlan, semakin lambat mereka berbuat demikian maka pelbagai prasangka negatif mungkin timbul.

"Sesiapa yang disebut terlibat dalam surat tersebut diminta memberi penjelasan segera kerana perkara itu sudah menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk Permatang Pauh.

"Penjelasan segera amat penting, kalau tidak akan timbul spekulasi yang tidak elok," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Kemunculan surat misteri yang mendedahkan 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh.

Surat lapan halaman yang dihantar ke rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.

Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada Mazlan.

Mazlan yang menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari sejak minggu lalu sama ada melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya dalam sidang akhbarnya semalam meminta Karpal dan Anwar memberi penjelasan berhubung isi kandungan surat itu.

Beliau percaya surat itu dihantar ke kediaman penduduk Permatang Pauh dan mereka kemudiannya menghantar semula ke rumahnya.

Mazlan memberitahu, sejak pendedahan itu dalam media, beliau menerima beberapa panggilan daripada penduduk Permatang Pauh yang mengakui turut menerima surat sama. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment