My Add

Tuesday 6 August 2013

Jepun memperingati ulang tahun ke-68 pengeboman Hiroshima

HIROSHIMA, SELASA, 06 Ogos, 2013: Jepun meraikan ulang tahun ke-68 sempena peristiwa pengeboman Hiroshima dengan majlis dalam suasana sayu sebagai tanda penghormatan
kepada mereka yang terkorban dan menggesa supaya senjata nuklear dihapuskan.

Kira-kira 50,000 orang bertafakur selama seminit di taman keamanan di sini di pusat pengeboman pada awal pagi tanggal 6 Ogos 1945 yang mengorbankan kira-kira 140,000 orang. Pengeboman ke atas Nagasaki pada tiga hari kemudian menyebabkan berpuluh ribu lagi maut sekali gus menyebabkan Jepun menyerah kalah kepada pakatan Perang Dunia Kedua.

Perdana Menteri, Shinzo Abe adalah antara orang kenamaan yang menghadiri majlis itu berkata, sebagai negara tunggal yang mengalami serangan nuklear, Jepun mempunyai tanggungjawab untuk menggesa supaya senjata itu dihapuskan. - AP/BH 


No comments:

Post a Comment