My Add

Sunday 4 August 2013

JLKN perkenal modul keselamatan jalan raya

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Ogos, 2013: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memperkenalkan satu modul baharu dikenali Keselamatan Jalan Raya pada pertengahan bulan ini bagi memastikan setiap pelatih sentiasa peka terhadap isu keselamatan.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, modul yang diwujudkan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) itu akan diperkenalkan pada Siri 3/2013, bermula 15 Ogos depan.

"Untuk permulaan, modul itu akan diperkenalkan di 14 pusat latihan iaitu satu pusat latihan di setiap negeri dan pemilihan pusat latihan itu akan ditentukan kemudian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Keselamatan Jalan Raya Aidilfitri 2013 oleh Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) di Plaza Tol Grand Saga Batu 11, Cheras di sini hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment