My Add

Thursday 22 August 2013

Kadar jangka pendek mata wang ditutup stabil

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam operasi konvensional turun kepada RM12.891 bilion daripada RM16.497 bilion yang diunjurkan pada sesi pagi dalam sistem Islam, ia susut kepada RM2.769 bilion daripada RM5.806 bilion sebelumnya.

BNM menawarkan 11 tender - empat tender konvensional, lima tender Al-Wadiah, satu tender repo dan satu Program Murabahah Komoditi.

Ia juga menawarkan tender konvensional lewat bagi RM13 bilion dan tender Al-Wadiah RM2.4 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar semalaman kekal pada 2.92 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 2.97 peratus, 3.01 peratus dan 3.04 peratus. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment