My Add

Sunday 4 August 2013

'Kami panik apabila air mula masuk'

KOTA TINGGI, SABTU, 03 Ogos, 2013: "Ketika kejadian ombak kuat, kami semua panik apabila air mula masuk ke dalam bot. Apabila kami beralih ke bahagian kanan, bot terus terbalik."

Demikian cerita Edey Muliadi, 26, salah seorang daripada empat mangsa bot pancung yang terselamat dalam kejadian bot karam di Tanjung Siang, Kota Tinggi kelmarin.

Dia yang bekerja sebagai buruh binaan di Puchong, Selangor dan membayar RM1,100 untuk pulang ke kampung halamannya di Surabaya memberitahu, kejadian berlaku begitu pantas dan keadaan menjadi kelam-kabut apabila ada antara mereka yang tidak pandai berenang menjerit meminta pertolongan.

"Nasib baik saya sempat berpaut pada sebuah tong petrol dan dalam beberapa jam terapung, saya nampak beberapa mayat penumpang yang lain sudah pun terapung.

"Setelah kira-kira 15 jam terapung, akhirnya saya diselamatkan oleh nelayan. Meskipun badan saya melecur dan tangan cedera digigit ikan, saya bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus hidup," katanya ketika ditemui di Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tanjung Sedili hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment