My Add

Thursday 22 August 2013

KDNK disemak semula kepada 4.5%

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Ogos, 2013: Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyemak semula prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini iaitu daripada lima hingga enam peratus kepada 4.5 hingga lima peratus.

Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, semakan semula itu dibuat berikutan aktiviti eksport komoditi yang lemah dan rendah bagi separuh pertama tahun ini, manakala pertumbuhan import pula semakin tinggi.

Katanya, pertumbuhan negatif aktiviti eksport komoditi dan permintaan yang lemah dalam produk-produk elektrik dan elektronik berlaku sepanjang lima hingga enam bulan pertama tahun ini.

"Eksport bersih bagi barangan dan perkhidmatan setakat separuh pertama tahun ini dicatat pada -38.7 peratus dan pencapaian itu amat memberi kesan terhadap prestasi KDNK keseluruhannya,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan prestasi KDNK suku kedua di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu dua Timbalan Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim dan Nor Shamsiah Mohd. Yunus.

KDNK bagi suku kedua telah dicatatkan pada 4.3 peratus, manakala pada suku pertama 4.1 peratus. KDNK bagi separuh pertama 2013 adalah 4.2 peratus. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment