My Add

Sunday 4 August 2013

Kenyataan Muhyiddin tidak merujuk klip video '1 Hari di Hari Raya'

KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Ogos, 2013; Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak merujuk secara khusus kepada sebuah klip video dalam laman YouTube bertajuk '1 Hari di Hari Raya' ketika membuat peringatan supaya tidak ada mana-mana pihak terus menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataannya Selasa lepas hanya membuat kenyataan secara umum.

Bernama dalam laporan sebelum ini mengatakan bahawa peringatan Muhyiddin itu merujuk kepada klip video yang memaparkan seorang individu membasuh tangan dan kakinya seperti mengambil wuduk dan kemudian melakukan perkara yang sama kepada tiga ekor anjing.

Muhyiddin juga dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Rumah Amal Kasih Bestari di Putrajaya tidak menyebut secara khusus bahawa orang bukan Islam telah memperlekehkan dan mempersendakan agama Islam seperti dipetik laporan yang sama.

Beliau menggunakan perkataan "sesetengah pihak telah memperlekehkan dan mempersendakan agama kita" sejak akhir-akhir ini dan berharap ia tidak berlarutan sehingga mencetuskan ketegangan seperti berlaku di negara Islam lain. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment