My Add

Saturday 3 August 2013

Kenyataan Yusuf al-Qardawi selaras majlis fatwa

PUTRAJAYA, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan kenyataan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi yang mengisytiharkan Syiah sebagai musuh Islam sebagai sejajar dengan ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata, Malaysia telah mengharamkan penyebaran fahamam Syiah sejak tahun 1984 dan usaha tersebut diperkemaskan lagi pada 1996 oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang ketika itu memutuskan fahaman tersebut terkeluar dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jammah.

‘‘Malaysia dari awal lagi memutuskan tidak membenarkan usaha untuk mengembangkan fahaman Islam selain daripada ajaran yang selaras dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jammah.

‘‘Sebab itulah, kita ada peruntukan undang-undang sama ada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah iaitu Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama- Agama Bukan Islam dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Kepada Pengawal Keselamatan dan Pendakwah Bebas 2013 di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment