My Add

Monday 12 August 2013

Kepentingan PKS dalam TPPA diambil kira

Hafsah Hashim
KUALA LUMPUR, AHAD, 11 Ogos, 2013: Kepentingan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan diambil kira apabila Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) dilaksanakan nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim berkata, TPP kini dalam proses perbincangan antara 12 negara dan soal PKS di negara ini akan dibincangkan.

Beliau berkata, terdapat satu agenda mengenai PKS yang mana perunding akan membincangkan tentang program pembinaan kapasiti yang akan dibina ke dalam perjanjian itu bagi memastikan PKS di negara-negara yang mengambil bahagian akan bersedia apabila TPP berkuat kuasa.

"PKS tidak perlu risau kerana kerajaan akan memastikan kepentingan syarikat domestik dan tempatan akan diketengahkan.

"Semua PKS yang terlibat, bukan sahaja di Malaysia akan dipastikan bersedia sebelum TPP ini dilaksanakan nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran buku The Masterclass Series: Carol's Guide To Online Retailing di pejabat SME Corp di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai sama ada syarikat-syarikat tempatan telah cukup bersedia untuk TPP, Hafsah berkata, pada tahun 2015, seluruh ASEAN akan melaksanakan perdagangan tarif sifar dan mereka akan disediakan pada masa itu.

"Kami mahu memastikan PKS tidak ketinggalan apabila kesemua perkara-perkara ini dilaksanakan nanti," kata Hafsah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment