My Add

Saturday 3 August 2013

Kerajaan bina rumah kos rendah untuk gelandangan

 KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Ogos, 2013: Kerajaan akan membina rumah kos rendah untuk golongan gelandangan bagi membantu taraf hidup mereka agar tidak tersisih daripada arus pemodenan, kata Menteri kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Kita akan membina rumah PPR (Projek Perumahan Rakyakt) yang dilengkapi kemudahan seperti klinik, surau dan masjid untuk golongan ini bagi membaiki taraf hidup mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan sumbangan makanan kepada 400 gelandangan di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rahman, taraf kehidupan golongan gelandangan juga boleh diperbaiki dengan mengenal pasti kepakaran yang tersembunyi dalam diri mereka.

"Apa yang kita boleh buat adalah mengenal pasti kemahiran golongan ini dan memberi peluang untuk menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat di luar selain mendapat pulangan tinggi,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Persatuan Perlindungan Arfidah Abdul Latif gembira dengan keprihatinan kerajaan terhadap golongan itu, sekali gus dapat mengelak mereka daripada terjerumus dalam masalah sosial dan dadah berikutan kesempitan hidup.

Seorang gelandangan yang mahu dikenali sebagai Sharifah, 34, berkata beliau bersyukur dengan bantuan yang disampaikan sendiri menteri berkenaan yang jelas membuktikan kerajaan tidak meminggirkan golongan tersebut. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment