My Add

Thursday 22 August 2013

Kerajaan tak mungkin meterai TTPA Oktober

SUBANG JAYA, KHAMIS,  22 Ogos, 2013: Kerajaan tidak dijangka memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada Oktober ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri.

"Saya tidak fikir ia akan berlaku pada Oktober ini, bukan hanya bagi Malaysia, tetapi negara-negara lain juga.

"Telah dimaklumkan bahawa terdapat jurang antara kementerian dan orang awam dan perbincangan akan diadakan selepas Sidang Kemuncak Ke-10 di Brunei," katanya kepada pemberita pada Forum Global Amalan Terbaik dalam Perkhidmatan Sehenti, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kementerian akan terus berinteraksi dengan orang awam kerana negara-negara lain berdepan situasi yang sama yang berharapkan lebih banyak perbincangan.

"Kami perlu mengadakan perbincangan awam ini secara berterusan kerana terdapat terlalu banyak persepsi tentang TPPA oleh orang awam," kata Hamim. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment