My Add

Friday 2 August 2013

Kes 4 anggota polis didakwa bunuh tahanan lokap dipindah ke Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan kes empat anggota polis, termasuk seorang berpangkat Inspektor yang didakwa membunuh tahanan lokap N. Dharmenderan pada 21 Mei lepas, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membenarkan permohonan yang dibuat Timbalan Pendakwa Raya S. Nithia.

Hare Krishnan, 40, dari Sungai Petani Kedah bersama tiga yang lain iaitu Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Siasatan Khas (D9), Tingkat 7, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini antara 12.20 tengah hari dan 2.50 petang, 21 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pihak pembelaan diketuai Datuk Hazman Ahmad manakala peguam Michelle Yesudas bertindak sebagai peguam pemerhati bagi isteri mangsa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment