My Add

Monday 12 August 2013

Khaled Nordin bayangkan tidak tanding jawatan dalam MT UMNO

PASIR GUDANG, AHAD, 11 Ogos, 2013:Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini membayangkan beliau tidak akan menandingi sebarang jawatan peringkat Majlis Tertinggi pada pemilihan UMNO kali ini.

Sebaliknya, kata Ketua Perhubungan UMNO Johor itu, tumpuannya adalah kepada pentadbiran kerajaan negeri.

"Kalau naib presiden ni satu Malaysia. Jadi atas sebab itu saya akan memberi tumpuan kepada Johor.

"Adalah tidak adil kalau saya ambil apa-apa jawatan tinggi tapi tidak mampu beri perhatian dan sebagainya serta tidak adil kepada mereka yang memberi sokongan," kata kepada pemberita, di sini.

Mohamed Khaled yang ditemui ketika rumah terbuka Aidilfitri beliau selaku Anggota Dewan Undangan Negeri Permas di Stadium Tertutup Pasir Gudang, ditanya sama ada akan bertanding sekali lagi untuk jawatan naib presiden seperti pada pemilihan lepas.

Mohamed Khaled dilantik Menteri Besar Johor pada 14 Mei lepas. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment