My Add

Thursday 8 August 2013

Khidmat kaunter JPJ pulih sepenuhnya di seluruh negara

KUALA LUMPUR, RABU, 07 Ogos, 2013: Kaunter urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara sudah pulih seperti biasa selepas masalah peralihan sistem pengkomputeran jabatan berkenaan diatasi Sabtu lepas.

Menurut jurucakap jabatan itu, ketika dihubungi Bernama hari ini, orang ramai kini boleh melakukan urusan dengan lancar di semua pejabat negeri dan cawangan JPJ.

Sejak awal bulan ini, masalah gangguan sistem itu menyebabkan kelewatan di kaunter urusan JPJ di seluruh negara sehingga menyebabkan berlaku kesesakan dengan pelanggan mahu memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan khidmat kaunter JPJ di seluruh negara mengalami gangguan sejak minggu lepas menyebabkan orang ramai tidak dapat melakukan sebarang urusan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad sebelum ini dipetik sebagai berkata, masalah tersebut berpunca berikutan peralihan sistem pengkomputeran jabatan berkenaan daripada sistem 'Sikap' kepada 'Mysikap' bermula 1 Ogos lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment