My Add

Sunday 11 August 2013

Konstabel, isteri dan anak maut kereta dinaiki rempuh lori

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED

JELI , SABTU, 10 Ogos, 2013: Seorang anggota polis berpangkat konstabel bersama isteri dan anak perempuannya berusia tujuh bulan maut apabila kenderaan Proton Wira yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi ini di Kilometer 127.2 Lebuh Raya Timur Barat.

Mangsa yang terkorban ialah, Konstabel Wan Sabri Wan Hamat, 47, pemandu kereta, berasal dari Pasir Puteh; isterinya, Nor Roslina Omar, 34, dari Kampung Kuau, Bachok, dan anak perempuan mereka, Wan Nur Husna, tujuh bulan.

Seorang lagi anak perempuan pasangan malang berkenaan, Wan Nurhaqimah, 4, bagaimanapun terselamat dan hanya cedera ringan dalam kemalangan yang meragut anggota keluarganya itu dan kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Jeli.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, mangsa bertugas di Kampung Lalang, Gerik, Perak.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menuju ke Gerik, manakala lori berkenaan dari arah bertentangan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment