My Add

Wednesday 21 August 2013

Krisis Mesir: NS mungkin hantar pelajar ke negara lain

SEREMBAN, RABU, 21 Ogos, 2013: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mungkin menghantar pelajar tajaannya ke negara lain atau menyerap mereka ke universiti tempatan, jika pergolakan di Mesir berterusan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu merupakan antara yang diteliti pihaknya bagi membolehkan pelajar tajaan MAINS di Mesir meneruskan pengajian.

"Pelajar tajaan MAINS memang kita tidak hantar ke Mesir buat masa ini kerana krisis di negara itu yang semakin berlarutan dan mungkin boleh menjadi perang saudara.

"Jadi kita akan buat kertas cadangan kepada Kementerian Pelajaran untuk menghantar pelajar kita ke negara lain agar mereka ini, yang terpaksa menangguhkan pengajian ekoran krisis di Mesir, dapat meneruskan pengajian dan tidak membuang masa menunggu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas hadir ke majlis Jalinan Ukhuwah Aidilfitri Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment