My Add

Saturday 10 August 2013

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia berlepas 7 September

Oleh FAIZAH IZZANI

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Ogos, 2013: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas ke Tanah Suci Mekah pada 7 September ini bagi menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Ismee Ismail berkata, penerbangan terakhir yang akan membawa jemaah haji ke sana pula adalah pada minggu kedua Oktober.

"Tarikh bagi wukuf pula dijangka pada 14 Oktober," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengenai persediaan Tabung Haji pula, Ismee berkata, pihaknya telah membuat persediaan rapi bagi menguruskan lebih 20,000 jemaah haji dari Malaysia. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment