My Add

Thursday, 22 August 2013

Langkah konsolidasi fiskal diteruskan - Ahmad Husni

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

KOTA KINABALU, HAMIS, 22 Ogos, 2013: Dalam usaha meningkatkan pengurusan fiskal negara dan mencapai bajet seimbang menjelang 2020, kerajaan akan meneruskan langkah konsolidasi fiskal yang dilaksanakan pada tahun ini ke tahun-tahun seterusnya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, langkah itu akan dilakukan melalui inisiatif transformasi fiskal tanpa menjejaskan momentum ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

"Kita akan meneruskan langkah ini dengan sasaran defisit Kerajaan Persekutuan berkurangan daripada 4.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2012 kepada empat peratus pada tahun ini dan seterusnya sekitar tiga peratus pada 2015," katanya ketika berucap dalam majlis Konsultasi Bajet 2014 Sabah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Teo Chee Kang; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Abu Bakar Hassan.

Tambah Ahmad Husni, kerajaan sentiasa berusaha bagi mengukuhkan kedudukan fiskal termasuk menubuhkan Jawatankuasa Polisi Fiskal bagi memastikan kemapanan fiskal dalam jangka panjang yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment