My Add

Saturday 10 August 2013

Laporan awal kes runtuhan tanjakan Jambatan Kedua Pulau Pinang Oktober ini

KUCHING, UMAAT, 09 Ogos, 2013: Kementerian Kerja Raya akan mengeluarkan laporan awal mengenai runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang pada Oktober depan, kata Menterinya, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata, laporan oleh kumpulan pakar seramai 12 orang yang dibentuk

khas oleh kementeriannya ditugaskan mengkaji semua aspek berkaitan amalan biasa industri pembinaan dan menyiasat sama ada ia dipatuhi dalam kes berkenaan.

"Maklum balas awal yang diterima dari kumpulan pakar itu mengatakan terdapat
kecuaian, tidak mematuhi standard serta amalan-amalan yang sepatutnya dipatuhi dan ditetapkan dalam sektor pembinaan sehingga mengakitkan
runtuhan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka
Aidilfitri di kediamannya di Petra Jaya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata selain menjalankan siasatan kes runtuhan
tersebut, kumpulan 12 pakar yang terdiri antaranya dari pihak arkitek, wakil
syarikat pemaju, ahli akademik dan agensi kerajaan itu turut mengkaji proses dan
sistem sektor pembinaan sedia ada supaya apabila pelaksanaan projek pembangunan
dilakukan pada masa hadapan, risiko kemalangan dapat dikurangkan.

"Matlamat kita ialah untuk mengkaji keseluruhan perjalanan projek termasuk
aspek perundangan, amalan pihak industri, bahan reka bentuk, pemantauan projek,
rangkaian bekalan serta kemahiran pekerja," katanya.

Fadillah berkata, laporan awal itu akan dimuktamadkan hanya selepas satu
konsultasi bersama dengan semua pihak berkaitan industri pembinaan
diadakan.

"Laporan akhir pula akan dikemukakan kepada kerajaan, dan jika ada input
yang bersesuaian, seperti perubahan dasar, penambahbaikan undang-undang, serta
amalan dalam sektor pembinaan, kita akan laksanakan," katanya.

Dalam kejadian 6 Jun lalu itu, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, runtuh dan mengakibatkan seorang terbunuh dan tiga lagi cedera.

Pada 6 Julai, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(DOSH), Datuk Ir Dr Johari Basri mengesahkan siasatan pihaknya mendapati wujud
unsur kecuaian dari segi prosedur dan teknikal oleh pihak kontraktor. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment