My Add

Thursday 8 August 2013

Laporan pakar tentukan punca kebakaran

IPOH, RABU, 07 Ogos, 2013: Polis setakat ini tidak boleh membuat kesimpulan berhubung punca insiden kebakaran yang mengorbankan tiga orang termasuk dua anak lelaki pengasas produk kecantikan Vida Beauty di Meru Hills, Bandar Meru Raya, Sabtu lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, ini kerana polis perlu mendapatkan maklumat dan laporan pengesahan daripada pakar Jabatan Kimia serta bomba bagi menyelesaikan siasatan insiden tersebut.

"Adalah tidak adil untuk polis terus membuat kesimpulan yang menjurus dakwaan orang awam sahaja ...buat masa ini kita tidak boleh pastikan atau berkata sama ada ia sah terbakar disebabkan aliran elektrik, litar pintas atau perkara lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum melancarkan sistem 'Delivery Omnipresent Target' atau DOT di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

"Bomba lebih pakar dalam hal kejadian seperti ini, mereka boleh mengesahkan apakah punca kejadian kebakaran terbabit dan selepas itu barulah kita boleh buat kesimpulan," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment