My Add

Sunday 11 August 2013

Lebanon ikrar 'usaha yang luar biasa' untuk bebaskan mangsa culik warga Turki

BEIRUT, AHAD, 11 Ogos, 2013: Menteri Dalam Negeri Lebanon, Marwan Charbel berjanji bahawa kerajaannya akan melaksanakan 'usaha yang luar biasa’ untuk memastikan pembebasan dua rakyat Turki yang diculik di Beirut semalam, kata media kerajaan.

Katanya lagi, Lebanon akan turut melakukan segala usaha untuk melindungi rakyat Turki di negara ini.

"Kami akan meneruskan siasatan untuk mencari dua rakyat Turki (tersebut), Lebanon akan menentang mana-mana kes penculikan dan kerajaan akan melakukan segala-galanya untuk membebaskan mereka,’’ katanya.

Jumaat lalu, dua anak kapal Turkish Airlines telah diculik oleh kumpulan bersenjata di lapangan terbang Beirut, ketika dalam perjalanan ke sebuah hotel. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment