My Add

Sunday 11 August 2013

Lebih 20,000 pengunjung meriahkan rumah terbuka Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU, SABTU, 10 Ogos, 2013: Hujan lebat tidak menghalang lebih 30,000 orang mengunjungi majlis rumah terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kabinet negeri di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni, pemimpin negeri lain dan ketua parti komponen Barisan Nasional.

Tetamu disaji dengan beraneka juadah dan persembahan nyanyian, tarian tradisional serta persembahan badut pada majlis yang berlangsung dari 10 pagi hingga 2 petang itu.

Ketika ditemui pemberita, Musa melahirkan rasa gembira dan syukur kerana majlis itu turut dihadiri masyarakat bukan Islam, sekali gus menunjukkan perasaan kekitaan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama meraikan Aidilfitri dalam keadaan harmoni.

Beliau berharap perpaduan yang jelas itu diteruskan pada masa akan datang dan pada perayaan lain.

Nijar Binsul, 22, yang hanya mampu bergerak dengan kerusi roda kerana lumpuh sejak kecil, gembira dapat hadir pada majlis itu kerana ia memberi peluang kepadanya mengenali pemimpin negeri.

"Saya sudah tiga kali jumpa Datuk Seri Musa. Saya suka sebab Datuk Seri Musa mahu bersalam dengan saya," katanya ketika ditemui Bernama.
Nijar kini tinggal di Rumah Bukit Harapan sejak tiga tahun lalu selepas kematian ibu bapanya.

Seorang lagi penghuni Rumah Bukit Harapan, Angeline Justin, 14, yang turut berkerusi roda kerana menghidap penyakit lumpuh dikenali sebagai 'Hydrocephalus', seronok menikmati juadah hari raya dan berasa bertuah kerana dijemput oleh kerajaan negeri untuk menghadiri majlis itu.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment