My Add

Wednesday 7 August 2013

Lelaki cedera ditembak di Kulim

KULIM, RABU, 07 Ogos, 2013: Seorang lelaki cedera parah selepas ditembak oleh dua lelaki di Pondok Labu, Lunas dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 malam ketika mangsa, 26, yang berasal dari sini dalam perjalanan melawat keluarganya di Pondok Labu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Chin Su Song ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mangsa yang memandu kereta ketika kejadian telah ditembak oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, kini dirawat di Hospital Kulim. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment