My Add

Thursday 22 August 2013

Lelaki Myanmar mati ditikam

Oleh MALINDA ABDUL MALIK

PULAU PINANG, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Seorang lelaki warga Myanmar hanya sempat bekerja selama dua hari di sebuah kedai barangan kitar semula sebelum ditemui mati dibunuh di Jalan Siput Kepah, Tanjung Tokong di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa, Thang Shing Ling, 26, ditemui rakannya dalam sebuah kontena dengan beberapa kesan tikaman dan luka di badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan daripada majikan mangsa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bergelut dengan suspek sebelum ditikam di bahagian dada.

"Mayat mangsa ditemui dalam kontena yang digunakan sebagai tempat tinggal.

"Polis turut menemukan sebatang besi dan sebilah pisau di luar kontena yang dipercayai digunakan oleh suspek," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment