My Add

Wednesday 21 August 2013

Lelaki nyaris maut, kereta tiba-tiba terbakar

KOTA KINABALU, RABU, 21 Ogos, 2013: Keupayaannya mengawal diri dan tidak panik menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kereta yang dipandunya tiba-tiba terbakar, dalam satu kejadian hari ini.

Lelaki berusia lewat 30-an yang hanya mahu dikenali sebagai Henry itu berkata dia sedang memandu di Kampung Air di sini apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan daripada enjin keretanya.

"Tanpa berfikir panjang saya cepat-cepat membuka tali pinggang keledar dan keluar daripada kereta. Ketika itu baru saya sedar bahagian depan kereta saya sudah marak terbakar," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd. Affendy Ramin ketika dihubungi, berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.55 pagi dan sebuah jentera digegas ke tempat kejadian. Api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 10.26 pagi dan kereta itu terbakar hampir 80 peratus, katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment