My Add

Monday 5 August 2013

Malaysia yakin jadi pencetak al-Quran kedua terbesar di dunia

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Malaysia mampu menjadi pencetak dan pengeluar al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi.

Keyakinan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan pada majlis Pelancaran Pusat Pencetakan al-Quran Mushaf Malaysia di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di Jalan Chan Sow Lin di sini hari ini.

Pusat percetakan itu hasil kerja sama PNMB dan Yayasan Restu.

"Penggabungan antara Yayasan Restu dan PNMB ini amat dialu-alukan kerana ia dapat menjayakan hasrat menjadikan Malaysia pusat pencetakan kedua terbesar di dunia.

"Majlis ini mengukir sejarah baru dan pelengkap agenda Islam. Ia boleh dianggap manifestasi berterusan kerajaan dalam meninggikan syiar Islam tanpa jemu," kata Najib.

Pada majlis itu, Pengarah Urusan PNMB, Izham Yusof dan Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latif Mirasa turut menandatangani memorandum persefahaman bagi penubuhan pusat pencetakan tersebut.

Sementara itu, Abdul Latif berkata, untuk menjadi pengeluar al-Quran kedua terbesar di dunia, Malaysia memerlukan pencetakan sebanyak 200,000 naskah al-Quran setahun dan 1 juta naskah al-Quran dalam tempoh 5 tahun.

Naskah al-Quran itu bakal diedarkan di negara-negara seperti Rusia dan Thailand. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment