My Add

Thursday 22 August 2013

MoU UTP-Universiti Brighton dimeterai

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan University of Brighton untuk memperbaharui semula kerjasama mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, universiti itu berkata, MOU telah dimeterai pada 4 Julai di kampus University of Brighton di UK.

Naib Canselor UTP, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim dan Naib Canselor University of Brighton Prof Julian Crampton memeterai MOU berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor UTP, Penyelidikan dan Inovasi Prof Abdul Rashid Abdul Aziz dab Timbalan Naib Canselor University of Brighton, Prof Stuart Laing.

Kerjasama itu ialah dalam bidang-bidang program pembangunan kakitangan, program pertukaran pelajar, pembangunan penyelidikan dan pembangunan bersama dan program pengajaran dan pembelajaran.

"Satu Jawatankuasa Kerja Bersama turut ditubuhkan bagi memantau usaha kerjasama antara kedua-dua institusi dan memastikan kecekapan pelaksanaannya," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment